Satu kerjasama kandungan antara Multiply dan Bursa Malaysia

Apakah Saham Dividen?

Adakah anda berminat untuk melabur dalam pasaran saham tapi tak bersedia untuk mengambil risiko yang besar? Saham dividen ialah satu cara untuk anda mendapatkan pulangan daripada pelaburan dalam pasaran saham.

Tapi, apakah saham dividen dan mengapa anda patut pertimbangkan melabur dalam saham dividen? Tonton video ini untuk info lebih lanjut!

Sekarang, setelah anda tahu tentang saham dividen, anda mungkin lebih bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dan menyelidik dan mengenali syarikat-syarikattersenarai di Bursa Malaysia yang biasanya membuat pembayaran dividen. Anda boleh mulakan dengan melayari pautan ini untuk menggunakan fungsi Screener (Penyaring) yang boleh didapati di laman web Bursa Marketplace.

Fungsi Screener, antara lain, membolehkan anda mencari syarikat mengikut industri, permodalan pasaran, harga saham, hasil dividen (jumlah harga saham yang dibayar dalam bentuk dividen oleh syarikat setiap tahun), pertumbuhan dividen (kadar pertambahan dividen syarikat dalam suatu tempoh masa tertentu) dan pembayaran dividen (jumlah dividen yang dibayar sebagai sebahagian peratusan daripada keuntungan syarikat).

Bagi setiap kriteria carian, Bursa Marketplace memberikan senarai pilihan untuk membantu anda memperincikan carian anda. Jika anda ingin mencari saham yang mempunyai sejarah pembayaran dividen, anda boleh buat carian berdasarkan pilihan yang terdapat di bawah kriteria carian hasil dividen, pertumbuhan dividen dan pembayaran dividen. Contohnya, anda boleh buat saringan untuk syarikat-syarikat yang mempunyai hasil dividen sehingga 5% atau lebih daripada 5%.

Sebaik sahaja anda memasukkan kriteria carian saham dividen, Screener akan memaparkan senarai saham dividen yang boleh dibuat pelaburan. Jika anda cukup berpengetahuan tentang pelaburan dalam pasaran saham, anda boleh memilih beberapa saham dividen dan terus melabur dalam saham-saham tersebut (jika anda tidak pernah melabur di Bursa Malaysia sebelum ini, anda perlu membuka akaun dagangan saham untuk bermula).

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang pelaburan dalam saham, baca artikel Multiply pengenalan kepada saham dan 5 perkara yang perlu diselidik sebelum melabur dalam saham sesebuah syarikat bagi membantu anda memahami asas-asas pelaburan dalam pasaran saham. Jika anda telah bersedia untuk memulakan perjalanan pelaburan anda, terokai panduan Multiply tentang membuka akaun broker dan cara membeli dan menjual saham.