A content collaboration between Multiply and Bursa Malaysia

3 perkara anda perlu tahu tentang Dana Dagangan Bursa (ETF)

Seperti unit amanah, Dana Dagangan Bursa (Exchange Traded Funds – ETF) adalah sekumpulan sekuriti (seperti saham) yang boleh dibeli atau jual di Bursa Malaysia. Tetapi, berlainan dari unit amanah, anda boleh membeli atau menjual ETF secara langsung di Bursa Malaysia tanpa memerlukan ejen. ETF menjejaki indeks (terdiri daripada sekumpulan saham atau bon) atau nilai komoditi (seperti emas atau minyak sawit), dan anda boleh mempelbagaikan pelaburan anda hanya dengan membeli satu ETF.

Sekiranya anda berminat untuk melabur dalam ETF, tontoni video ini mengenai 3 perkara yang perlu diketahui tentang pelaburan dalam ETF:

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ETF dan mengenali ETF yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan prestasinya, klik di sini. Seperti tangkapan skrin berikut, anda boleh melihat harga ETF serta pulangannya dalam jangka masa panjang (1, 3, 5 dan 10 tahun) dan pendek (1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 3 bulan dan 6 bulan):

Secara am, anda digalakkan untuk melabur dalam ETF yang menunjukkan prestasi yang stabil atau positif dalam jangka masa panjang. Tetapi, prestasi masa lalu tidak menjamin pulangan masa depan! Oleh itu, jika anda mampu, cuba mempelbagaikan jenis pelaburan anda, seperti dalam simpanan tetap, dana pelaburan harta tanah (Real Estate Investment Trust - REIT) atau unit amanah. Dengan ini, anda dapat mengurangkan risiko kehilangan wang anda sekiranya pelaburan anda tidak berjalan dengan baik.

Untuk mengetahui asas pelaburan, anda boleh baca panduan Multiply mengenai pelaburan. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ETF, anda boleh juga membaca panduan Multiply di sini.