Satu kerjasama kandungan Multiply bersama Bursa Malaysia

Dapatkan Idea Jual Beli Saham daripada pakar pelaburan melalui Mirror, Learn & Trade (MLT) di Bursa Marketplace

Anda berminat untuk mencuba jual beli saham tetapi tidak pasti bagaimana nak bermula? Pernahkah anda melihat maklumat pasaran saham dan terfikir, “Kalaulah ada seseorang yang boleh tunjukkan kepada saya cara untuk membeli dan menjual saham?”.

Dengan MLT di Bursa Marketplace, anda boleh melihat dan meniru pergerakan pelaburan oleh penganalisis berlesen menggunakan portfolio pelaburan maya anda sendiri! Pengalaman maya membantu para pelabur memahami selok-belok perdagangan dengan menggunakan kaedah serba baharu, di samping bersaing dengan cara yang menyeronokkan –seperti bola sepak fantasi! Dalam dunia dagangan saham, meneliti cara orang lain menjual beli saham dan mengikuti jejak langkah mereka dipanggil mirror trading ataupun dagangan cermin.

Bagaimana MLT berfungsi?

Dengan menggunakan MLT, anda boleh meniru portfolio dagangan maya 12 penganalisis berlesen daripada Organisasi Peserta Bursa Malaysia (ataupun broker saham) kepada portfolio dagangan maya anda sendiri, jadi anda akan belajar daripada golongan yang profesional!

Cara-cara dagangan cermin di MLT:

  • Dalam MLT, setiap orang termasuk penganalisis berlesen, diberikan RM100,000 dalam bentuk wang tunai maya (BUKAN WANG BETUL!) untuk membeli saham bagi portfolio mereka sendiri.
  • Kemudian anda boleh pilih penganalisis atau pelaburan saham yang anda ingin ‘cermin’.
    • Anda boleh memilih jumlah maksimum sebanyak 10 saham daripada penganalisis yang sama atau 10 saham daripada penganalisis yang berlainan.

Semua dagangan di MLT berlaku secara maya, tetapi dibuat berdasarkan aktiviti masa sebenar di Bursa Malaysia. Jadi, anda boleh merasai pengalaman membeli dan menjual saham tanpa melaburkan wang sebenar.

Penganalisis juga akan menerangkan strategi yang digunakan dalam membeli atau menjual sesuatu sahamtersebut, supaya anda dapat memahami keputusan pelaburan mereka. Selain itu, anda boleh memanfaatkan bahagian Komuniti untuk berbincang bersama penganalisis dan belajar dengan lebih lanjut tentang pasaran saham.

Apabila anda berasa yakin dengan pelaburan pasaran saham dan mempunyai pengetahuan yang cukup, anda bolehlah cuba membeli dan menjual saham di pasaran yang sebenar!

Apakah cara-cara untukmenggunakan MLT?

  1. Layari MLT di laman web Bursa Marketplace atau aplikasi mudah alih Bursa Marketplace
  2. Daftar sebagai pengguna dalam MLT. Jika anda telah mendaftar sebagai pengguna Bursa Marketplace, anda boleh menggunakan log masuk yang sama untuk MLT
  3. Pada halaman Discover, lihat penganalisis (Pedagang) dan profil mereka
  4. Pilih penganalisis atau saham yang ingin anda ‘cermin’.
  5. Setelah anda mengenal pasti saham yang anda minati daripada portfolio penganalisis, anda boleh mulakan dagangan ‘cermin’!

Sebelum anda mula menggunakan MLT, anda digalakkan untuk belajar ilmu pengetahuan asas tentang dagangan saham. Dalam bidang pelaburan, ia adalah penting untuk mempunyai maklumat yang betul untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak. Dengan itu, tontonlah video kami tentang saham atau baca panduan kami tentang cara membeli dan menjual saham.

Kami tahu pelaburan boleh berasa menggugatkan jika anda tidak pernah melakukannya, tetapi dengan ilmu dan maklumat yang betul, anda boleh melaburkan wang untuk meningkatkan nilai bersih anda.

Anda juga boleh menggunakan kalkulator kami untuk melihat pulangan yang anda mungkin dapat daripada pelaburan anda selepas membayar yuran, membandingkan pulangan daripada dua produk pelaburan yang berbeza atau mengira jumlah pulangan anda daripada beberapa pelaburan yang berbeza!