Satu kolaborasi kandungan oleh Multiply dan Bursa Malaysia

Samsung Galaxy tablet dan pemacu keras 500GB BursaMKTPLC untuk dimenangi!


Sertai Peraduan My Market daripada Multiply dan Bursa Malaysia!

Ramai orang berminat untuk melabur di pasaran saham, tetapi kebanyakan daripada mereka tidak tahu bagaimana atau di mana nak bermula. Tambahan pula, melabur di pasaran saham boleh menjadi pengalaman yang agak menakutkan kerana mempunyai risiko yang anda mungkin akan kehilangan wang. Tapi, kalau anda mengambil masa untuk belajar, pelaburan saham boleh menjadi pelaburan yang baik untuk ditambah ke dalam portfolio kewangan peribadi anda.

Sesetengah orang berpendapat, cara terbaik untuk mempelajari sesuatu ialah dengan melakukannya. Itu mungkin benar, tetapi mempelajari selok-belok pelaburan di pasaran saham boleh menjadi suatu pengalaman yang mahal, terutamanya jika kita melaburkan wang sendiri.

Untuk membantu anda, Bursa Malaysia telah memperkenalkan My Market di portal Bursa Marketplace, satu platform pelaburan maya yang membolehkan anda belajar cara melabur di pasaran saham, tanpa menggunakan wang sebenar. Ini peluang hebat untuk anda menimba pengalaman dan mempersiapkan anda sebelum menjejak di pasaran saham yang sebenar.

Untuk menggalakkan warga Malaysia belajar tentang pelaburan di pasaran saham melalui My Market, Bursa Malaysia dan Multiply akan menganjurkan satu Peraduan My Market dari 4 Mei hingga 4 Julai 2021. Anda hanya perlu menjadi salah seorang peserta terawal yang melengkapkan empat misi (‘quests’) di Bursa Marketplace untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik. Para peserta akan terbahagi kepada 2 kategori iaitu pengguna Bursa Marketplace yang sedia ada dan yang baharu.

Untuk mengambil bahagian, log masuk ke dalam akaun Bursa Marketplace anda (Jika anda tidak mempunyai akaun, klik di sini untuk mendaftar).

Pada permulaan pertandingan, anda akan diberi wang maya sebanyak RM20,000 (Nota: Bukan wang sebenar!) untuk membeli dan menjual saham.

Peraduan ini memerlukan anda melengkapkan 4 misi (‘quests’):

  • Misi 1: Cari saham yang bernilai kurang daripada RM1 - Gunakan alat pencari saham (stock screener tool) dan kenalpasti saham yang bernilai kurang daripada RM1.
  • Misi 2: Tambahkan saham itu ke dalam senarai pantau (watchlist) anda – Pilih satu saham dan tambahkan saham itu ke dalam Senarai Pantau Peraduan My Market (My Market Contest Watchlist).
  • Misi 3: Jual beli saham – Gunakan duit maya sebanyak RM20,000 untuk memilih satu saham, letakkan dalam portfolio My Market dan buat pembelian. (Ingat, wang berjumlah RM20,000 bukan wang sebenar, dan anda tak perlu belanjakan semua wang tersebut dalam tempoh pertandingan.)
  • Misi 4: Jana keuntungan – Jana keuntungan sebanyak 5% dalam portfolio Peraduan My Market (My Market Contest portfolio).

Anda boleh semak prestasi anda di halaman ‘Quest’, dan 42 pengguna terawal yang berjaya melengkapkan keempat-empat misi akan layak memenangi hadiah!

Apa hadiah yang boleh dimenangi?

Bursa Malaysia menawarkan peluang untuk anda memenangi sebuah pemacu keras 500GB Bursa Marketplace bernilai RM250 setiap satu kepada 36 peserta terawal yang berjaya melengkapkan peraduan. Di samping itu, Multiply akan turut memberikan 6 unit Samsung Galaxy Tablet sebagai hadiah. Dalam tempoh peraduan ini, setiap minggu kami akan kongsikan maklumat berguna tentang pelaburan pasaran saham untuk membantu anda dalam misi anda!

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Terokai Bursa Marketplace dan mula sekarang! Ingat, My Market membuka peluang kepada anda menimba pengalaman melabur di pasaran saham dan memahami prestasi portfolio maya anda tanpa membuat pelaburan sebenar. Jadi, jika anda mahu mencuba aktiviti melabur tanpa mengambil risiko dan inginkan peluang memenangi hadiah-hadiah lumayan, pastikan anda sertai pertandingan kami bermula 4 Mei 2021 ini!

Klik di sini untuk membaca Terma & Syarat peraduan..