Satu kerjasama kandungan Multiply bersama Bursa Malaysia

Pelaburan Saham untuk Wanita

Anda mungkin pernah dengar tentang perbezaan gaji antara lelaki dan wanita. Contohnya, pada tahun 2019 gaji median lelaki ialah sebanyak RM2,477, iaitu lebih tinggi daripada gaji median wanita sebanyak RM2,370.[1]

Pelaburan merupakan satu lagi bidang yang berjaya diterajui oleh golongan lelaki berbanding dengan wanita. Dalam pasaran saham Malaysia misalnya, peratusan pelabur wanita hanyalah sekitar 31%. Jadi, kalau anda seorang wanita yang mahukan kesamaan jantina, melabur mungkin salah satu cara untuk mencapainya – pada masa yang sama, anda berpeluang untuk membuat lebih banyak duit!

Jika anda rasa anda tidak berkemahiran untuk melabur kerana sebagai seorang wanita anda berkemungkinan hanya mengambil risiko yang rendah atau anda tiada masa untuk meninjau pasaran saham setiap jam (kerana mempunyai tanggungjawab lain), sebenarnya anda silap. Kajian menunjukkan bahawa perkara yang membuatkan wanita ”lebih lembut” daripada lelaki sebenarnya yang membuatkan mereka pelabur yang lebih baik, jadi, wanita seringkali membuat keputusan pelaburan yang lebih stabil dan mendapat pulangan yang lebih banyak dalam jangka masa yang panjang. [2]

Sayangnya, kajian juga mendapati bahawa wanita lebih gemar menyimpan wang mereka dalam akaun simpanan saja. Sekadar menyimpan wang dalam bank bukanlah cara yang baik untuk menambah wang anda, terutamanya apabila kadar faedah adalah rendah seperti sekarang ini.

Jadi, jika anda mampu untuk melabur selepas menolak jumlah komitmen perbelanjaan dan simpanan bulanan, anda patut pertimbangkan untuk melabur untuk mendapatkan pulangan yang lebih daripada wang anda.

Ada banyak cara untuk melabur, contohnya seperti di pasaran saham, membeli saham amanah atau melabur dalam simpanan tetap. Untuk kali ini, mari kita lihat pelaburan dalam pasaran saham dahulu.

Kalau anda bercadang untuk melabur dalam saham, anda perlu buka akaun Sistem Depositori Pusat atau Central Depository System (CDS) terlebih dahulu, kerana pelabur dalam pasaran saham Malaysia mesti membuka akaun CDS dengan syarikat broker saham. Anggap akaun CDS ini seperti satu akaun bank, tetapi untuk saham anda – setiap kali anda membeli atau menjual saham, semuanya diambil atau dikeluarkan daripada akaun CDS anda. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang akaun CDS.

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober dan sebagai menyokong penyertaan wanita dalam pasaran saham, Bursa Malaysia akan mendermakan RM10 kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia untuk setiap akaun CDS yang dibuka oleh pelabur wanita dari 19 Oktober sehingga 31 Disember. Matlamat kempen ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu perjuangan pesakit kanser payudara dalam kalangan wanita Malaysia yang kurang berkemampuan daripada kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Turut serta dalam usaha ini adalah beberapa rakan kongsi broker Bursa Malaysia termasuk Hong Leong Investment Bank, JF APEX, RHB, Malacca Securities, KAF Securities dan AmInvestment Bank. Mereka akan membuat pelbagai promosi seperti pemberian diskaun dan menganjurkan webinar pendidikan percuma untuk menggalakkan lebih ramai wanita memulakan langkah dalam bidang pelaburan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati ganjaran dan insentif yang ditawarkan untuk pelabur wanita!

Jika anda sudah bersedia untuk melangkah masuk ke dalam dunia pelaburan, baca panduan untuk membantu anda bermula dan pelajari tentang bagaimana nak beli dan jual saham.


[1] Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Tinjauan Gaji & Upah 2019
[2] https://www.sc.com/my/stories/sorry-guys-but-women-make-better-investors/, https://www.bursamalaysia.com/about_bursa/media_centre/articles/investment-a-womans-secret-weapon