Satu kerjasama kandungan Multiply bersama Bursa Malaysia

Belajar Melabur Dalam Pasaran Saham Dengan Selamat

Kami telahpun mulakan tahun baharu dan anda mungkin sedang membuat perancangan kewangan untuk tahun 2021. Memandangkan kadar faedah kini berada pada paras paling rendah dalam sejarah, dan krisis Covid-19 menyebabkan kita lebih peka tentang keadaan kewangan kita, anda mungkin berminat untuk mengetahui langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengembangkan wang anda.

Melabur ialah satu cara yang baik untuk mengembangkan wang kerana jikalau anda hanya membiarkan saja wang anda dalam akaun simpanan, wang anda akan susut nilainya mengikut peredaran masa akibat inflasi.. Pelaburan boleh membantu anda mencapai matlamat simpanan anda, seperti membeli rumah, mengadakan majlis perkahwinan, atau menabung untuk tujuan persaraan.

Tetapi aktiviti pelaburan boleh jadi menakutkan dan mengelirukan jika anda baru melakukannya untuk kali pertama. Mula-mula, anda perlu pilih produk pelaburan yang anda rasa paling sesuai. Anda boleh melabur dalam Simpanan Tetap, KWSP, Amanah Saham, Dana Pelaburan Hartanah (REIT), Dana Dagangan Bursa (ETF), dana unit amanah dan saham individu.

Saham, REIT dan ETF merupakan beberapa jenis pelaburan yang boleh dibuat di Bursa Malaysia, iaitu pasaran saham di Malaysia. Tetapi melabur dalam pasaran saham ada risikonya, kerana harga saham boleh berubah dengan cepat dan ini akan memberi kesan kepada nilai pelaburan anda. Semua pelaburan ada risikonya, dan tahap risikonya adalah berbeza-beza mengikut jenis pelaburan.

Jadi, satu faktor lain untuk dipertimbangkan apabila melabur ialah tahap risiko yang anda sanggup ambil. Tahap risiko memberi kesan kepada jumlah pulangan yang boleh didapati – secara amnya, risiko rendah = pulangan rendah sementara risiko tinggi = peluang keuntungan yang tinggi (tetapi pelaburan berisiko tinggi juga bermaksud anda mungkin akan hilang sejumlah wang yang besar!). Inilah sebabnya pelabur sentiasa dinasihatkan untuk membahagikan risiko dengan mempelbagaikan produk pelaburan yang dipilih.

Mempelbagaikan pelaburan dapat membantu mengurangkan risiko kehilangan semua wang yang dilaburkan sekiranya sesuatu yang buruk berlaku. Ia juga membantu kerana anda masih boleh mendapat keuntungan daripada satu produk pelaburan walaupun anda mengalami kerugian daripada produk pelaburan yang lain. Cuba gunakan kalkulator simulasi portfolio pelaburan kami untuk melihat prestasi pulangan keseluruhan yang boleh didapati jika anda melabur dalam beberapa produk pelaburan yang berbeza!

Ternyata, ada banyak perkara yang perlu difikirkan dan dipelajari sebelum anda mula melabur – banyak lagi panduan pelaburan yang tak dimasukkan dalam hantaran blog ini. Anda boleh lihat infografik kami tentang 10 perkara yang anda perlu tahu sebelum anda mula melabur, atau baca panduan lengkap kami tentang asas pelaburan untuk membantu anda dalam aktiviti melabur. Jangan lupa tonton video kami juga!

Jika anda mahu belajar melabur dalam Bursa Malaysia tanpa perlu mengeluarkan wang atau mengambil apa-apa risiko, anda boleh manfaatkan segmen My Market dalam Bursa Marketplace, satu laman pelaburan maya yang membolehkan anda cuba-cuba membuat pelaburan dalam pasaran saham (tanpa perlu menggunakan wang!) dan dapatkan latihan dulu sebelum membuat pelaburan sebenar.

Ingat, jika anda masih belajar tentang pelaburan dan tidak mempunyai rancangan pelaburan, pelaburan akan lebih berisiko. Dengan ciri-ciri gamification yang ada, anda boleh gunakan My Market untuk belajar langkah demi langkah tentang asas pelaburan dengan cara yang selamat. Klik pautan ini untuk ketahui lebih lanjut tentang My Market.

Untuk mempelajari selok-belok dunia pelaburan dengan lebih mendalam, pastikan anda membaca panduan kami tentang produk pelaburan yang berbeza-beza, atau gunakan kalkulator pelaburan kami untuk membantu anda mengira pulangan dan membandingkan pelaburan.